Hello !

*Copyrighted works*
Welcome to my personal blog, this is my L.S.S - Laman Syok Sendiri, so feel free to 'burp' your comments, suggestions and perhaps a smile in the chatbox. :D

Friday, June 24, 2011

Artikel 1 - Peranan Kerajaan dan Rakyat Malaysia (part 1)

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang mengecapi kesejahteraan hidup di samping sedang membangun dari segi kemahiran, teknologi dan sistem pentadbirannya. Dalam erti kata lain, Malaysia mempunyai kedudukan negara yang strategik di mana ia melambangkan satu simbol dan contoh gaya hidup yang mengamalkan sikap toleransi di antara semua kaum yang berbeza. Malaysia telah dipupuk untuk menjadi sebuah negara yang aman dan makmur sejak pemerintahan pihak luar memandangkan untuk mengecapi kemerdekaan pada masa lalu, semua yakni tidak kira latar belakang masyarakat atau jenis kaum masyarakat itu, harus dan rela hati untuk bersatu demi mencapai kebebasan dalam semua aspek.

Sebuah negara tidak akan ada landasannya jika setiap satu butir yang bernyawa dan tidak bernyawa sama sekali tiada berperanan. Kepentingan kerajaan terletak di tangan rakyat dan kepentingan rakyat terletak pada bahu kerajaan. Ungkapan ini menjelaskan bahawa institusi kerajaan amat memerlukan luahan rakyat untuk memastikan negara sentiasa dalam keadaan yang terjamin dan juga teratur. Tetapi apa yang kita dapat saksikan sekarang, segelintir masyarakat di negara kita tidak kira latar belakang mereka masih tiada sikap keterbukaan untuk menimba ideologi baru, ini mungkin disebabkan kesan daripada segelintir masyarakat yang boleh dikatakan merupakan 'golongan ancaman' yang kerajaan harus hadapi.




akan bersambung...
 

Prose - EkspreSi CiNta

Kata-kata sukar diungkap, setiap butir daripadanya merupakan emas di kelopak jiwa... Jiwa yang melangkau setiap bayang-bayang yang ingin disayangi dan tidak sesekali mahu rapuh di dahan rontaan sang pencinta. Tiada apa yang sama melainkan jiwa yang telah terpisah jauh namun sentiasa dekat pabila mata dipejam... Ekspresi cinta, kaulah ciptaan tuhan yang Esa, yang tidak mengenal jiwa dan paras rupa, semulajadi dan sangat dicemburui si hasad yang menggoncang duniawi cinta...

Prose - Love gOes By

I can't define the way love shrines it moves, even the rainbow needs the hiss of rain... I love you, like the hill up the sky. For the first time, when it burns the skin that we held, the touch that been whispered... I know. I never had the rose that I could lay to, I never had the wall that I could lean to... Its all about you. The love that goes by, I never should fear the swizz that you bring, because I know, it is you, the pluperfect camouflage...